Posted by: zulsalafi | Mei 28, 2008

Hari-hari

28 Mei 08, 8.35 am: “Hari ni aku bangun seawal 6.00 pagi, ku bangun terus bertemu dengan kekasihku diatas hamparan sejadah, ku mengadu kasih padanya mengharapkan hari-hari yang aku kan lalui penuh dengan kasih sayangnya. Lepas puas aku mengadu kasih pada kekasihku itu, alamak mengantuk lagi la. Sambung tidur dan layan mimpi semula. Tersedar dari buaian mimpi, tepat jam 7.15 pagi, “masih awal lagi nie” aku menolog dalam hatiku “sambung tidur sikit nie ok jugak”. Aku mencari kepuasan lena yang belum ku puas-puas lagi. Akhirnya aku perlu akur, aku ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan pada hari nie, dan hari-hari yang akan datang tanggungjawab tu masih ku galas iaitu tanggungjawab kena pergi belajar la. Lalu aku bangun dengan kudrat yang ada dengan azam yang cuba ku bangkitkan dalam jiwa nie. “

Begitulah hari-hari yang dilalui aku pada hari-hari biasa tapi tidak sangat hari-hari aku buat begitu, kadangkala lebih awal dari tu pun ada dan lebih lewat dari tu pun ada bergantung pada keadaan semasa.

Pada waktu pagi, lepas bangun tidur, aku selalu renung ke luar jendela sekejap untuk memutarkan minda sedar aku ni dengan aktif. Bila aku renung lama-lama melihat persekitaran diluar, aku lihat makhluk-makhluk ciptaan Allah yang paling sempurna iaitu manusia yang dianugerahkan dengan akal fikiran (termasuklah diri aku nie). Berpusu-pusu mereka mengejar masa, menuju ke destinasi yang dihajati untuk menunaikan perkara yang mereka hendak tunaikan. Hari-hari semua manusia ini, membuat perkara yang sama mengikut peraturan yang telah diciptakan mereka sendiri. Ada yang berkereta, motosikal, basikal dan berjalan kaki. ada jugak yang menumpang sebagai penumpang seperti bas, komuter, dan teksi. Semua mereka ini mempunyai destinasi masing-masing yang hendak dituju. Sesetengah itu, ada yang berkeadaan kelam-kabut di jalan raya, sesetengah itu pulak cool and tenang je (macam nie lebih bagus). Mungkin yang kelam-kabut tu sebab dah terlambat atau ada emergency case dan yang cool tadi mungkin masih awal baginya dan dekat kot destinasinya. Apapun begitulah hari-hari ragam manusia yang aku renung dan nilai pada setiap pagi.

“Subhanallah! aku dah lewat pulak”. ish2! lali betul aku, tu la asyik dok termenung dan dok nilai orang lain, aku sendiri dah tergolong dalam orang yang lewat dan kelam-kabut. apa lagi, aku bingkas bangun dan terus laksanakan perkara-perkara yang patut dibuat (mandi la) bagi segar badan dan menghilangkan bau-bauan yang melekat kat badan nie.. huhuhu

Jadikan hari-hari yang mendatang lebih penuh bermakna dan penuh dengan ketaqwaan kepada Allah Maha Pencipta. Kehidupan kita seharian diatas muka bumi ini tidak boleh diulang semula. (“,)


Leave a response

Your response:

kategori