Sepi!
Itulah perkataan yang boleh saya ungkapkan. Bukan sepi kerana ditinggalkan, atau sepi sebab menonton filem sepi (yang masih panas di pawagam-pawagam malaysia) tp adalah sepi kerana tidak menekan tetikus dan papan kekunci memasukkan sebarang maklumat di dalam blog saya ini.
Alhamdulillah, walaupun sepi tanpa sebarang maklumat, akhirnya sepi itu tidak kekal lama. Dapat juga saya mencurah luahan sepi saya ini. Memandangkan sesi pembelajaran semester yang padat dengan program-program pelajar dapat juga mencuri peluang untuk mencoret sedikit sebanyak bagi tatapan umum khasnya di alam maya ini.
Sepi tidak bermaksud sunyi tetapi sepi membuat kita lebih mengenali erti kehidupan.
