Posted by: zulsalafi | Julai 30, 2008

Waktu-waktu Istijabah

Adakah anda semua tahu waktu doa kita mudah diperkenankan,? Kalau tak tahu, di bawah ini saya jelaskan waktu-waktunya.

  1. Sesudah solat fardhu lima waktu.
  2. Ketika iktidal yang terakhir dalam solat.
  3. Ketika sujud, terutamanya dalam sujud yang terakhir.
  4. Ketika azan dilaungkan untuk solat.
  5. Antara azan dengan iqamat.
  6. Pada larut malam, terutama sepertiga malam yang terakhir.
  7. Pada waktu sahur (sebelum fajar).
  8. Sepanjang malam Jumaat dan hari jumaat.
  9. Sesudah Asar menjelang Maghrib pada hari Jumaat.
  10. Ketika khatib duduk di atas mimbar sesudah khutbah yang pertama.
  11. Sesudah imam membaca “Waladhaaalliin”.
  12. Setelah khatam Al-Quran.
  13. Ketika kaum Muslimin berkumpul dalam sebuah majlis.
  14. Sesudah pengajian di Majlis Ta’lim @ Majlis Syarahan.
  15. Sepanjang bulan Ramadhan.
  16. Pada  Malam Lailatul Qadar.
  17. Ketika wuquf di Arafah.
  18. Ketika mengerjakan Tawaf.
  19. Ketika mengerjakan Saie.
  20. Ketika minum air zam-zam.
  21. Sesudah mengambil wuduk.
  22. Ketika hujun turun amat lebat.
  23. Ketika mengunjungi orang sakit.
  24. Ketika menutup mata mayat.
  25. Ketika berbaris menuju medan perang.
  26. Ketika pertempuran di medan perang.

Ermm…banyaknya waktu yang mudah untuk doa kita diperkenankan yer. Itulah buktinya bahawa Allah  s.w.t Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Saya harap, semoga kita sama-sama manfaatkan waktu-waktu tersebut untuk berdoa kepada Allah s.wt., mudah-mudahan doa kita dimakbulkan.


Leave a response

Your response:

kategori