Posted by: zulsalafi | Ogos 13, 2008

Minggu Yang Memenatkan!

Alhamdulillah,

Itulah ucapan yg boleh diungkapkan. “Penat betul minggu ini. Bukan penat apa, cuma penat dengan aktiviti-aktiviti yg memenuhi jadual hidup aku yg sekejap ini. Minggu nie aku ada beberapa aktiviti-aktiviti yg padat seperti latihan kawad kaki, latihan koir, usrah, tadarus al-quran, handle kuliah, jaga kaunter pendaftaran, tukang promosi, kena siapkan assigment yg semakin berlambak dan byk lg (kalau cite lg, mesti tak cukup space nanti). Walauapapun, aku happy dengan apa yang aku buat untuk minggu yang memenatkan ini.

Hari nie(waktu pagi la), aku bertugas jaga kaunter pendaftaran untuk kursus pra-perkahwinan. Aku bertugas dari pukul 9.30am-10.00am untuk sesi 1, dan sesi 2 dari pukul 12.00pm-1.00pm untuk sepanjang minggu ni la. Susah juga bila jadi pegawai pendaftar and promoter nie, bukan susah apa! susah sbb nk melayan kerenah-kerenah customer yg dtg nie. Puas jgk la nk jawab soalan yg diajukan dan menjelaskan apa yg menjadi persoalan. Tapi tak pa, dari situ aku dapat belajar cara-cara nak memahami manusia ciptaan Allah yg unik ini, dan juga aku dapat expose kan diri yg lemah berkomunikasi nie dgn perbaiki cara komunikasi. PENTING tau berkomunikasi! Kalau salah komunikasi, orang salah mentafsirkannya pulak. Janji aku kerja nie semua dengan hati yg ikhlas dan perasaan yg enjoy la.

Petang td pulak aku turun training kawad. Korang tau tak apa maksud singkatan KAWAD nie? Kawad nie bererti Kawad Adalah Wajib Ada Disiplin. (Jurulatih kawad aku tu la yg bagi tau, memang logik kalau di fikir balik) Sebab apa aku ckp logik? Sbbnya setiap pergerakan di dalam kawad nie, mempunyai tertibnya yg tidak boleh sekali-kali dilanggari (kalau tidak kena denda cium pokok/kereta). Jadi perlukan disiplin yg tinggi untuk merealisasikan tertib-tertibnya itu. Satu lagi, dalam kawad nie juga memerlukan kerjasama di antara satu sama lain. Biasa la bila berkawad mestilah dalam jumlah yg ramai (kumpulan/jemaah). Mental dan fizikal juga perlu kuat kerana tiap-tiap hari dok kena maki hamun oleh jurulatih kalau kita buat silap. So kalau rasa mental dan fizikal tak boleh terima semua tu, baik jangan masuk kawad. Kalau tidak nanti asyik dok nangis je dalam pembarisan kawad tu.

Kadang-kadang aku pun buat silap jgk (biasa la sifat manusia tetap buat silap). So kena denda la. Hari tu, aku tersilap pakai jam dalam pembarisan, sbb aku terlupa pantang larang tu (nak cepat dan kerja masa katakan sbb dh terlambat turun ke padang kawad). Pastu apa lagi, kena p cium dinding bengkel Automotif yang catnya dh jd habuk putih, bila p cium mulut aku pun pakai gincu putih la. Tp aku pndai cover supaya x nmpk gincu yg aku pakai kat bibir tu.(Kalau tidak dok kena kutuk dan digelakkan la). Biasala kan, dlm kawad mesti kena ada semua tu, baru rasa mcm kawad.

Lepas hbs kawad, dh kelam kabut p makan sbb nk balik mandi dan solat maghrib kat Surau pulak. Dah la malam tu ada kuliah Maghrib. Memang terkejar masa toi. Kuliah nie pulak aku kena handle uruskan pasal ustaz. Malam tu Ustaz Amin sampaikan ilmu mengenai Bab Akidah ASWJ merujuk buku Pegangan Akidah ASWJ karangan Mufti Sabah. Banyak juga ilmu yg dapat diserap ke dalam memori aku nie dan juga dapat refresh semula apa yg aku dh tau. kuliah tu berlangsung selama 1 jam (hbs kul 9.15pm). Lps hbs kuliah tu, bw ustaz p jamu selera dulu dan bg duit minyak kat ustaz sikit.(Ustaz tu mai naik kereta,kalau dia mai jalan kaki aku x bg duit kat dia, blh duit tu aku bg kat ustaz lain plak).

Lepas hntr ustaz pulang (hntr smpai dia naik kereta dia je), aku bergegas ke Auditorium untuk latihan Koir pulak. Aktif betoi aku nie.(Biasa la, seperti slogan Maxis tu “Aktifkan dirimu”). Selesai je training Koir, balik hostel buat assgment plak. Siapkan sikit-sikit je, yg penting aku buat. Lepas aku tidur dalam keletihan. Bagi merialisasikan aktiviti-aktiviti untuk esok pulak. Cite nie sebenarnya aku dh shortcute kan kalau tidak nanti jadi novel pulak. Apa pun, aku nak pesan kat saudara-saudari yang membaca coretan nie, walaupun sesibuk mana kita dengan hal dunia, tapi kita masih mempunyai kelapangan masa yang diberikan oleh Allah. Nak tau apa dia kelapangan masa itu, iaitu WAKTU SOLAT. Waktu solat nie lah kita boleh rehatkan minda dan fizikal daripada belenggu kesibukan dunia. Untungkan jadi orang Islam.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar.


Respon

  1. citer la pasal cinta..
    mst lbh menarik..
    xnak share ke pglman


Leave a response

Your response:

kategori