“ILMU DI BERI, MANFAAT DITERIMA”

Hilang semangat vs Pulih semangat

Assalammu’alaikum,

Alhamdulillah masih lagi aktif link blog ini, sebenarnya bila perasaan malas membelenggu seseorang membuatkan diri hilang semangat nak melakukan sesuatu terutamanya memuatnaik entri-entri baru dalam blog ini. Bukan setakat malas nak update malah sampai nak taip url blog nie pun jadi malas. Boleh dikatakan lama juga malas itu terbelenggu dalam diri ini. Akhirnya, dengan semangat baru yang dapat dipulihkan dapat juga saya mengomelkan perasaan itu di dalam blog ini dan merupakan entri baru bagi tahun 2011 ini.

Sebelum itu, jom kita berdoa dulu

“Ya Allah, engkau kekalkanlah semangat ini setiap saat selagi ku bernafas untuk ilmu diberi, manfaat di terima oleh semua orang yang mengunjungi blog ini, Allahumma amin”

Sebenarnya entri yang bertajuk Hilang semangat vs Pulih semangat ini dinukilkan akibat daripada semangat yang Allah s.w.t telah pulihkan dalam diri hamba ini yang kadang-kadang hatinya berbolak-balik. Tiada istiqamah dalam melakukan sesuatu usaha. Insya’allah, unsur-unsur negatif itu akan cuba di atasi dengan kemampuan yang Allah beri bersama pertolongan daripada Allah s.w.t.

Selain itu juga, semangat ini datang bersama tugas yang telah diamanahkan kepada insan yg sedikit ilmunya ini iaitu projek membangunkan sebuah website rasmi untuk sebuah pusat tahfiz yang diberi nama Akademi tahfiz ihya ulum wahyu seperti logo dibawah ini;

Alhamdulillah, projek itu sedang dilaksanakan dan setakat ini, websitenya telah pun berjaya menghadirkan kewujudannya di internet world. Untuk mengunjungi anda boleh klik di link bawah ini :

http://tahfizihyaulumwahyu.wordpress.com/

Kembali kepada topik ini, setiap manusia diatas muka bumi ini pasti akan merasai saat-saat kehilangan semangat dan melalui detik-detik memulihkan semangat. Jadi, berusaha untuk menjaga semangat yg ada dengan melakukan sesuatu kerja dengan perancangan dan selalulah berdamping dengan orang-orang yang sentiasa memberi semangat.

Insya’allah, di entri akan datang akan cuba saya berikan tips-tips untuk mengatasi masalah kehilangan semngat dan tips untuk memulihkan semangat serta mengekalkannya.

Wallahu’alam….

“ILMU DI BERI, MANFAAT DITERIMA”

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.